


Pengenalan
Pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor pada 3 Januari 2020 (JAI.Sel.BPM/01/018/17). Masjid yang dianggarkan bernilai RM 25 juta akan dibina di tapak seluas 3.51 ekar yang telah disediakan oleh pemaju, I&P Group Sdn Bhd, iaitu sebuah anak syarikat SP Setia Berhad yg bernaung di bawah syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Masjid ini boleh menampung sehingga 4,000 jemaah pada satu-satu masa memandangkan kepadatan penduduk Alam Sari sendiri akan mencecah hampir 20,000 penduduk apabila kesemua fasa telah siap dan diduduki sepenuhnya.
Sesuai dengan rata-rata penduduknya yang hampir 100% beragama Islam, Masjid Baiturrahman ini bakal menjadi tempat tumpuan penduduk sekitar mahupun masyarakat luar, dalam pelbagai aktiviti-aktiviti ibadah khusus seperti solat berjemaah, ibadah korban, kuliah-kuliah mahupun ibadah-ibadah umum seperti muamalat, riadah dan lain-lain aktiviti bagi menjalinkan silaturrahim antara masyarakat dan jemaah semata-mata untuk mendekatkan diri dengan penuh taqwa kepada ALLAH swt. Ini bersesuaian dengan ayat 108 surah At-Taubah yang diturunkan di dalam Al-Quran Al Karim.
"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya" (At-Taubah: 108)
Justeru itu, Masjid Baiturrahman ini akan menyediakan pelbagai fasiliti ataupun kemudahan lengkap untuk jemaah dan masyarakat setempat seperti Dewan Pelbagai Guna, Kuarters Imam dan Bilal, Bilik Tetamu, Bilik Mesyuarat, Kiosk Perniagaan, Ruang Riadah seperti Gimnasium, Bilik-Bilik Kuliah, Ruang Kanak-Kanak dan pelbagai lagi.
Dengan kedudukan yang strategik, Masjid Baiturrahman Alam Sari juga bakal menjadi satu mercu tanda untuk kawasan Alam Sari mahupun kawasan sekitar Bangi dan Kajang yang yang diharapkan akan menjadi salah satu masjid di Malaysia yang menyaksikan jemaah harian Subuhnya menyamai Solat Jumaat.
Insya Allah
Saya Mahu Menyumbang Untuk Pembinaan MasjidRingkasan
Berita & aktiviti masjid pada sepintas-lalu

Kelulusan Pembinaan
Pelbagai dokumen kelulusan berkaitan dari pihak berkuasa
Waqaf & Sumbangan
Sebarang sumbangan anda adalah dialu-alukan. Sumbangan bukan hanya untuk kegunaan aktiviti masjid, ia juga untuk bantuan sosial pada masyarakat setempat.
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid, ayat 21)
Bank: Bank Muamalat Malaysia Berhad
Nama: Tabung Pembinaan Masjid Baiturrahman
Account No: 12100001363712

Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa Protem

Penasihat
Ir. Dr. Muhamad Fuad Bin Abdullah
Pengerusi
Dato' Sayed Jaafar Sayed Ibrahim
Timbalan Pengerusi
Laksamana Muda (B) Dato' Fadzilah Mohd Salleh
Setiausaha
Hafidz Haji Abdul Kudus
Timbalan Setiausaha (Pengurusan)
Dr Shafie Mustafa
Timbalan Setiausaha (Teknikal)
Sr. Hamidul Ghazali Mohamed
Bendahari
Mohd Tariq Mohammed
Timbalan Bendahari
Muhammad Fadili Mohd Salleh
Ketua Unit Teknikal
Mohamed Nazri Mohamed Nasir
Ketua Unit Teknologi Maklumat
Zabidi Jamil
Ketua Unit Waqaf
Haji Azren Abdul Aziz
Ketua Unit Perundangan
Haji Wan Shaifuddin Ab WahidHubungi Kami
Alamat/Lokasi:
Pengurusan Masjid Baiturrahman
C/O Surau Al Amin Alam Sari
Jalan Sari Ilmia 2
Alam Sari
Kajang, Malaysia 43000
Email:
info@baiturrahman.my
Telefon:
016-5977458 (Pengerusi)
012-3388864 (Ketua Setiausaha)
017-7707001 (Bendahari)
019-3303786 (Unit Waqaf)