Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Majlis Kick-Off Pelancaran Buku Korporat

December 20, 2020 @ 9:00 am - 1:00 pm

Pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor pada 3 Januari 2020. (JAI.Sel.BPM/01/018/17).

Masjid yang dianggarkan bernilai RM25 juta akan dibina di tapak seluas 3.51 ekar yang telah disediakan oleh pemaju, I&P Group Sdn Bhd, iaitu sebuah anak syarikat SP Setia Berhad yang bernaung di bawah syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Masjid ini boleh menampung sehingga 4,000 jemaah pada satu-satu masa memandangkan kepadatan penduduk kariah Alam Sari dan kawasan sekitar adalah seramai lebih 30,000 penduduk apabila pelbagai projek perumahan di kawasan berdekatan siap sepenuhnya dalam beberapa tahun akan datang.

Sesuai dengan rata-rata penduduknya yang hampir 100% beragama Islam, Masjid Baiturrahman ini bakal menjadi tempat tumpuan penduduk sekitar mahupun masyarakat luar, dalam pelbagai aktiviti-aktiviti ibadah khusus seperti:

  • solat berjemaah
  • ibadah korban
  • kuliah-kuliah
  • dan ibadah umum seperti: muamalat, riadah dan lain-lain aktiviti bagi menjalinkan silaturrahim antara masyarakat dan jemaah semata-mata untuk mendekatkan diri dengan penuh taqwa kepada Allah SWT.

Details

Date:
December 20, 2020
Time:
9:00 am - 1:00 pm

Venue

Everly Hotel, Putrajaya
Everly Hotel
Putrajaya, Malaysia
+ Google Map